3 OGOS 2021: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong daripada Umno berkata, langkah itu diambil susulan pendirian partinya yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti, maka sebagai ahli UMNO yang patuh dan setiap kepada parti, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan,” kata beliau beliau dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.
Kata beliau, pimpinan Umno yang mencadangkan beliau sebagai menteri sebelum ini.
Beliau merupakan pemimpin UMNO pertama meletakkan jawatan menteri dalam Kabinet Muhyiddin.