Dua bekas ADUN DAP Perak sertai BERSATU

5 MAC 2021: Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak dari DAP dilaporkan secara rasmi sudah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sekali gus menyokong Perikatan Nasional (PN).

ADUN Tronoh, Paul Yong dan rakannya dari Buntong, A. Sivasubramaniam kini menjadi ahli BERSATU.

Dipetik Malaysiakini, Setiausaha BERSATU Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin mengesahkan penyertaan Yong dan Sivasubramaniam ke dalam BERSATU.

BACA: 2 ADUN DAP, 1 Amanah Perak isytihar keluar parti

Menurut Zainol, permohonan kedua-dua mereka telah diserahkan sebelum ini dan persetujuan untuk menerima mereka dicapai pada Disember lepas.

Yong kini menjadi anggota Bersatu Batu Gajah sementara Sivasubramaniam di Ipoh Barat.

Sebagai bukan Bumiputera, kedua-dua Adun itu akan menjadi sebahagian daripada sayap anggota bersekutu Bersatu.

Mereka merupakan wakil rakyat terbaharu menyertai BERSATU selepas tindakan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong kini menjadi ahli Parlimen bebas. Ia berlaku sehari selepas tiga Adun dari Parti Amanah Negara (Amanah) dilaporkan menyertai PKR.

Yong dan Sivasubramaniam bersama ADUN Titi Serong dari Amanah, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim memutuskan keluar parti mereka pada 9 Mac 2020.

Leave a Reply