15 JUN 2021: Parlimen boleh dibuka semula ketika Malaysia memasuki fasa ketiga pelan pemulihan COVID-19, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Dalam pengumuman mengenai Pelan Pemulihan Negara, beliau berkata Malaysia dijangka memasuki fasa ketiga pemulihan pada September atau Oktober.
Peralihan ke fasa ketiga akan dibuat selepas purata kes harian tidak lebih 2,000, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) mencukupi dan 40 peratus rakyat Malaysia mendapat dos vaksin penuh.
“Saya ingin memberikan komitmen bahawa sidang parlimen boleh diadakan dalam fasa ini sekitar bulan September atau Oktober dengan mengikut SOP yang ketat,” kata beliau yang jua Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
“Ini adalah pendirian saya dari awal bahawa sistem demokrasi berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, iaitu seletelah kes-kes COVID-19 terkawal dan kita hampir mencapai imuniti kelompok.”
Pengumuman itu muncul ketika banyak menggesa supaya Parlimen dibuka dengan segera sementara kesemua parti utama mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.