Naib Presiden Xavier keluar PKR, mahu sokong PN

13 MAC 2021: Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar hari ini mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Beliau merupakan antara pemimpin awal parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.

Jayakumar yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat dan dilihat rapat dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, mengumumkan bahawa beliau akan menjadi Ahli Parlimen Bebas dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya akan terus terus berkhidmat di kawasan saya dan menyokong kerajaan sebagai Ahli Parlimen Bebas dan saya akan penuhi janji-janji pilihan raya kepada rakyat di Kuala Langat,” kata beliau menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau merupakan Ahli Parlimen PKR yang ketiga meninggalkan parti itu dalam tempoh dua minggu ini. Dua yang lain terdiri daripada Larry Sng (wakil rakyat Julau) dan Steven Choong (Tebrau).

Dengan tindakan itu, PKR kini hanya memiliki 35 anggota di Parlimen. Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 tiga tahun lalu parti itu memenangi 47 kerusi.

Dalam kenyataannya hari ini, Jayakumar berkata, beliau sangat kecewa dengan parti itu sejak setahun lalu, yang mendorongnya membuat keputusan meninggalkan PKR.

“Sepanjang tempoh kerjaya saya sebagai seorang ahli politik, saya telah bersama PKR sejak 1998.

“Bagaimanapun sejak perkembangan yang berlaku sejak setahun lalu, saya telah kecewa,” kata beliau sambil menambah, “sementara terdapat pihak yang membincangkan kemungkinan pilihan raya, tidak ada keperluan atau sesuai untuk mengadakannya pada masa sekarang.”

Jayakumar berkata, keutamaan sekarang adalah menyokong usaha kerajaan membendung wabak COVID-19, menciptakan peluang pekerjaan dan membangunkan semula ekonomi.

Jayakumar menambah, sekurang-kurangnya 18 bulan diperlukan untuk melaksanakan program vaksinasi dan lebih dua tahun untuk ekonomi pulih sepenuhnya.

“Ini memerlukan sokongan bipartisan untuk memastikan usaha kerajaan dipenuhi. Orang ramai mahukan kestabilan dan memulakan semula sektor ekonomi kita yang sakit. Ke arah ini, kita perlu bekerjasama, bukan saling menentang,” kata beliau lagi.

Tiga minggu lalu, Timbalan Pengerusi PKR Perak, MA Thinagaran yang dilaporkan sebagai pegawainnya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, keutamaan sekarang adalah untuk menyokong usaha kerajaan membendung wabak Covid-19, menciptakan peluang pekerjaan dan membangunkan semula ekonomi.

Katanya lagi, sekurang-kurangnya 18 bulan diperlukan untuk melaksanakan program vaksinasi dan lebih dua tahun untuk ekonomi pulih sepenuhnya.

“Ini memerlukan sokongan bipartisan untuk memastikan usaha kerajaan dipenuhi.

“Orang ramai mahukan kestabilan dan memulakan semula sektor ekonomi kita yang sakit. Ke arah ini, kita perlu bekerjasama, bukan saling menentang,” katanya.

Xavier menjadi anggota PKR sejak 1998 ketika parti itu dinamakan Parti Keadilan Nasional.

Sejak itu politiknya bersinar dan dia terpilih sebagai naib presiden semasa pemilihan PKR dengan menyokong kem timbalannya ketika itu, Azmin Ali.

Azmin bersama sebilangan besar penyokongnya meninggalkan PKR pada Februari tahun lalu sebelum menyertai Bersatu

Leave a Reply