PRU-15: PAS tangguh muktamar, pemilihan

7 MAC 2021: PAS memutuskan untuk menangguhkan muktamar kali ke-67 dan pemilihan bagi memberi tumpuan ke atas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata penangguhan muktamar termasuk pemilihan itu diputuskan dalam mesyuarat pimpinan parti bagi menumpukan soal pilihan raya.

“PAS memutuskan muktamar akan diadakan selepas PRU ke-15, tak kiralah bila. Setakat ini, keputusan kita pun tak tahu bila PRU.

“Jangkaan PRU bila darurat ditamatkan, mengambil kira jangkaan muktamar selepas PRU-15,” kata beliau di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ketetapan yang dibuat parti setakat ini adalah menangguhkan muktamar sehingga PRU15 selesai.

Leave a Reply