13 OGOS 2021: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai tahun depan.
Perkara itu, kata beliau, bagaimanapun bergantung kepada situasi pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara.
“Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa. Dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai.
“Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat akujanji bahawa PRU-15 akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan,” kata beliau dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung hari ini.